PEST analysis (political, economic, social and technological) describes a framework of macro-environmental factors used in the environmental scanning component of strategic management. ...PESTEL or PESTLE, which adds legal and environmental factors.
PESTLE analisis adalah konsep ini digunakan sebagai alat oleh syarikat untuk mengesan persekitaran yang mereka beroperasi atau merancang untuk melancarkan projek / produk / perkhidmatan baru. Ia adalah konsep memberikan pandangan mata dari seluruh alam sekitar dari sudut yang berbeza yang ingin diperiksa dan diikuti dengan pemikiran mengenai idea / rancangan tertentu.
PESTLE merupakan satu kerangka analisis yang digunakan untuk mengenalpasti pelbagai faktor seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi dan faktor persekitaran yang dapat memberi kesan kepada perjalanan sesuatu organisasi. Dengan itu pengurus organisasi tersebut perlu mengenalpasti risiko-risiko yang akan dihadapi dan menggunakan semua faktor dan pengetahuan ini untuk membuat keputusan bagi peningkatan prestasi organisasi tersebut.
Bolehkah sesiapa yang menerangkan analisis PESTLE berdasarkan kemahiran pengurusan abad ke-21? Analisis PEST (politik, ekonomi, sosial dan teknologi) menggambarkan rangka kerja faktor makro-alam sekitar yang digunakan dalam komponen untuk membuat pengenalpastian untuk merangka perancangan dalam pengurusan strategik. PESTEL atau PESTLE, yang menambah faktor perundangan dan persekitaran.
Analisis PESTLE dapat membantu sesebuah organisasi dalam merancang strategi dari pelbagai aspek untuk menghasilkan sesuatu perkhidmatan atau pasaran bagi melahirkan organisasi yang berinovasi dan mengikut kehendak pelanggan.
Analisis PESTEL ialah satu cara untuk melakukan analisis persekitaran luar (external environment) dalam usaha mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Pemimpin sesebuah organisasi perlu mengambil kira faktor-faktor seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, perundangan dan persekitaran yang boleh mempengaruhi atau menjejaskan organisasi tersebut. Apabila analisis PESTEL sudah dilaksanakan, barulah pemimpin organisasi itu dapat meneruskan dengan mengenal pasti pula kelemahan dan ancaman terhadap organisasi (SWOT Analysis).
PESTLE adalah satu analisis dalam kemahiran pengurusan untuk mengenalpasti keadaan persekitaran yang merangkumi faktor luaran iaitu politik,ekonomi,sosial,teknologi,perundangan dan persekitaran. Hasil daripada analisis PESTLE ini akan digunakan dalam analisis SWOT untuk mengenalpasti dan menilai kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman yang terhasil dari faktor-faktor luaran tersebut. Hasil analisis ini akan mempengaruhi prestasi dan aktiviti organisasi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Analisis PESTLE merupakan satu teknik dalam pengurusan strategi yang digunakan untuk melihat faktor-faktor luaran yang boleh mempengaruhi sesebuah organisasi. Faktor-faktor tersebut meliputi bidang politik,ekonomi,sosial, teknologi,legal dan persekitaran. Ia juga dapat mengetahui peluang dan ancaman yang berada diluar organisasi/perusahaan.Analisis PESTLE Ia dapat memberikan gambaran tentang risiko pertumbuhan atau penurunan kepada sesebuah organisasi/perusahaan. Apabila semua faktor diambil kira, sesebuah organisasi tersebut dapat merancang strategi dengan sempurna dan seterusnya akan meningkatkan daya saing bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
PESTLE analisis adalah satu kaedah analisis yang ringkas dan efektif untuk mengenalpasti " the key external forces" yang memberi kesan terhadap sesebuah organisasi dan tidak dapat dikawal. Ia melibatkan faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi analisis yang diguna untuk menilai sesebuah organisasi. Hasil PESTLE dapat memahami secara menyeluruh gambaran persekitaran sesebuah organisasi dan dapat memaksimumkan peluang-peluang serta mengurangkan ancaman terhadap organisasi.
PEST analysis atau disebut juga PESTLE analysis adalah satu analisis faktor luaran yang memberi kesan terhadap sesuatu bisnes atau organisasi dan prestasinya. PESTLE adalah singkatan daripada Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi, Legal dan Environmental. Konsep ini diguna oleh organisasi sebagai satu alat untuk memberikan gambaran secara keseluruhan dan dari setiap sudut . PESTLE analysis ini boleh digunakan dengan Porter's Five Forces dan SWOT analysis .
PESTEL analisis merupakan satu kaedah mudah serta efektif yang digunapakai untuk mengetahui faktor-faktor luaran (peluang dan ancaman) yang berada di sekeliling sesebuah organisasi. Pelaksanaan PESTEL analisis melibatkan kemahiran pemikiran analitikal (analytical skills) yang merupakan salah satu kemahiran dalam 21st century management skills. Pemimpin organisasi perlu membuat analisa yang lengkap merangkumi semua aspek yang diperlukan iaitu daripada aspek politik, ekonomi, sosial, teknologi, perundangan dan persekitaran. Dapatan yang diperolehi daripada analisa tersebut akan dinilai dan seterusnya perancangan ataupun perubahan terhadap perancangan sedia ada akan dibuat untuk memastikan prestasi organisasi terus meningkat.
Analisa yang dibuat melalui PESTLE dapat dibuat ukuran dan penilaian terhadap perancangan yang akan datang.
Faktor luaran iaitu Politik,Ekonomi,Sosial,Teknologi,Legal dan Environmental apabila disingkatkan menjadi PESTLE.
Kajian yang menyeluruh terhadap PESTLE akan mampu memberi gambaran persekitaran yang jelas yang mana boleh diibaratkan sesebuah organisasi itu sebuah kapal yang berada di lautan manakala lautan itu ialah persekitaran luaran atau PESTLE.
Sehubungan dengan itu,pemimpin sesebuah organisasi perlu mahir menilai PESTLE dan dapat memimpin organisasi dengan gaya kepimpinan yang unik dan mantap.
Professor Francis Anguilar dari Universiti Harvard merupakan pelopor kepada Analisis PESTLE melalui bukunya "Scanning The Business Environment" yang diterbitkan pada 1967.Analisis PESTLE merupakan satu rangka kerja atau instrumen untuk menganalisa dan menilai persekitaran makro yang akan memberi kesan kepada sesebuah organisasi.Hasilnya,daripada analisis ini akan digunakan untuk mengenaplasti ancaman dan kelemahan dalam merangka analisis SWOT.Analisis PESTLE akan mengenalpasti pelbagai faktor seperti politik,ekonomi,sosial,teknologi,undang-undang dan faktor persekitaran yang akan memberi kesan terhadap sesuatu perniagaan.Pengurus akan menilai risiko dan menggunakannya untuk membuat keputusan strategik.Analisis PESTLE dan SWOT dapat membantu pengurus atau pembuat keputusan untuk membuat keputusan strategik yang lebih baik serta efektif.